3 Bulan yang lepas Pusat Kreatif Kanak-kanak Tunku Bainun dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis,
United Nation Children's Fund (UNICEF) dan DIGI dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Real Kids Real Story dan Angerah Young Change Makers 2015.
Mereka mencari murid-murid yang telah melakukan dan memberi impak sosial serta memberi inspirasi kepada masyarakat dalam aspek-aspek Alam Sekitar, Cabaran Hidup, Akademik dan Kemasyarakatan. SK Long Sepiling tidak melepaskan peluang dengan menghantar 6 orang Calon untuk aspek Cabaran Hidup dan Akademik.
Syukur ke hadrat ilahi, pada minggu lepas kami dihubungi oleh penganjur dan terpilih untuk ke Anugerah Young Change Makers 2015 di Kuala Lumpur. Daripada 6 pencalonan 2 orang murid terpilih untuk penggambaran dan seorang murid akan ke Kuala Lumpur. Murid yang terpilih ialah Adik Juliana Julan Lagang dan Anilov Fabien Tinggang.
Adik Juliana Julan dicalonkan kerana khidmat masyarakat yang disumbangkan kepada penduduk kampung iaitu mencuci gereja serta mengakut air dari tangki ke rumah. Adik Anilov pula dicalonkan bagi kategori cabaran hidup. Dia terpaksa menangkap ikan, mengambil upah kerja di kampung untuk membantu keluarga meringankan beban.
Tahniah kepada Adik Julan dan Adik Anilov yang telah mengharumkan nama sekolah.
KOMEN